Home Online Store Videos & Tutorials Blog how2 buy
Copyright © 2007-2017  by ​Adjem's Creative (SA0062831-T) . All Rights Reserved Agent Registration

2) PEMBUNGKUSAN KREATIF

Ekspresikan kreativiti & gaya anda dengan pembungkusan . Walaupun dengan menggunakan cebisan kertas dan ikatan riben sahaja, hadiah sabun buatan anda akan nampak lebih eksklusif dan istimewa.


1) IDEA KREATIF MEMBUAT SABUN


Idea untuk menghasilkan sabun yang cantik tidaklah sesukar yang disangkakan, walau apa pun tahap kemahiran anda dalam seni membuat sabun ini. Dengan hanya bereksperimen dengan pelbagai jenis acuan, pewarna, wangian dan juga bahan tambahan istimewa khas untuk sabun, anda juga mampu menghasilkan sabun yang unik dan cantik . Anda hanya perlu rajin mengambil nota kerja untuk setiap teknik tersebut supaya anda boleh mengulangi teknik itu semula nanti.

Membentuk sabun dengan menggunakan acuan pelbagai bentuk adalah cara yang paling mudah untuk memberi kelainan pada sabun anda. Anda boleh mencipta sabun istimewa mengikut acara yang diperlukan.  Sekiranya bajet terhad, anda juga boleh menggunakan pencerap kuih.

Dengan hanya menambahkan bahan semulajadi istimewa ke dalam sabun, anda juga boleh mencipta sabun yang sama kualitinya seperti di spa mewah. Antara bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit adalah seperti madu,oatmeal dan shea butter.


3) LAIN-LAIN PRODUK PELENGKAP

Setelah anda menjadi pakar dalam menghasilkan sabun ini, anda juga boleh mencuba menggunakan lebihan bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan produk-produk pembersihan dan kecantikan yang lain. Antaranya seperti pencuci berskrub, produk penyegar wajah dan badan, gel mandian, garam mandian, losyen dan banyak lagi  

Membuat Sabun dengan Set Lengkap kami amat mudah dan menyeronokkan. Anda hanya perlu mengikut panduan cara membuat yang kami sediakan. Sabun boleh terus digunakan sebaik sahaja ia keras. Mudah dibersihkan dan menjadikan rumah anda berbau harum. Anda juga oleh bereksperimen dan mencipta “resipi rahsia” sabun kecantikan mengikut keperluan kulit anda. Sesuai dan selamat digunakan oleh kanak-kanak

Easy Starter Soap Kit BELI SEKARANG!!! English

Copyright © 2007-2018  by ​Adjem's Creative (SA0062831-T) . All Rights Reserved